Pages

Friday, January 13, 2012

Here We Go Again..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ni saya ada update pasal saya sambung belajarkan. So, baru2 ni saya baru je selesai sesi pendaftaran dan orientasi. So, biar saya cite serba sedikit tentang apa yang tterjadi. Ok, jadi setelah lama menunggu, hari pendaftaran pun tiba dan Alhamdulillah tiada apa2 yang tak elok berlaku semasa hari pertama pendaftaran. Agak sedih gak sebab saya tak dapat asrama, tapi nasib baik kampus kat K.L je, so tak de lah susah mane pun nak sampai ke sana dari rumah saya. Ambil masa dalam sejam gak ar untuk sampai kampus, kalau gerak dalam pukol 6.30 pagi naik KTM ke K.L Sentral pastu amek LRT ke Dang Wangi. Di sebabkan tak dapat hostel, terpaksa lah saya berulang  alik naik public transport, walaupun semasa sesi orientasi.

Sesi orientasi ni mengambil masa selama 3 hari jugak lah, yang bermula dari pukul 8.30pagi sehingga 11.00malam. Memang asyik ada benda je nak buat time tu sampai langsung tak leh nak berkomunikasi ngan dunia luar. Ceramah memanjang, dan time tu je lah yang dapat digunakan untuk tido. Haha. Pada hari kedua tu, kitorang diberi tugas untuk buat Silent Comedy cam dalam Maharaja Lawak Mega tu. Kena persembahkan pada hari ketiga. Memang agak bersemangat lah saya pada mulanya, itupun sebab saya telah dipilih menjadi ketua kumpulan, so macam dah jadi tanggungjawab saya ar untuk pastikan segala2nya berjalan lancar walaupun peluang untuk menang kami adalah sangat tipis kerana ada 12 team, dan semuanya hebat2 belaka.

Memang sukar pada mulanya untuk buatkan budak2 ni supaya tak malu untuk berlakon. Setelah cakap punya cakap, akhirnya mereka setuju. Pada hari ketiga, kami buat dalam 2 kali rehearsal mengikut story line yang kami cipta. Alhamdulillah, pada malam tersebut kami adalah team yang buat persembahan yang terahir, dan kami telah menang tempat kedua, kira kalah lah tu kan, huhu. Jadi, setelah mengharungi hari2 yang macam ni, saya rasa saya dah ready untuk belajar balik. So, kepada sesiapa yang membaca, tolong doakan kejayaan saya ye :)

No comments:

Post a Comment