Pages

Sunday, November 6, 2011

Sudden Change of Heart



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Rase cam Perdana Menteri plak, haha. Ok, tajuk post hari ni, berbunyi dalam bahasa jawa sikit, bukan saya nak menunjuk skill dalam berbahasa Jawa, tapi kalo dalam bahasa ibunda, takut panjang sangat. Huhu. So, cukup2lah tu merapu, hari ni just nak cerita sikit yang, walaupun post sebelum ni saya cakap akan sambung belajar kat UiTM, tapi saya tetiba have sudden change of heart. Sebab saya pun ada apply di UniKL dan permohonan saya telah diluluskan dan akan bakal mendaftar pada bulan Januari ini.

Jadi, walaupun takde sape-sape pun yang macam nak tahu kenapa, saya still nak cerita jugak. Sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dan cucu lelaki yang paling tua antara cucu-cucu nenek saya, saya rasa sangat2 bertanggungjawab untuk menjaga setiap ahli keluarga saya yang terdekat ni. Memang pada mulanya saya sangat gembira kerana ditawarkan kursus yang saya inginkan di UiTM dan telah mendapat tawaran di kampus Jengka, Pahang. Tetapi pada beberapa bulan yang lepas, beberapa orang yang terpenting dalam hidup saya telah ditimpa masalah yang saya rasa, saya tak boleh berada berjauhan dengan mereka.

Pada 2 bulan lepas, Makngah saya dikejutkan dengan serangan Vertigo secara tiba-tiba. Saya pun tak berapa pasti apa penyakit ini. Tetapi, pada hari kejadian, Makngah saya muntah2 selepas lunch dan terus rebah tak lama selepas itu. Pada masa itu hanya ada makcik saya, yang berasal dari U.S, nasib baik beliau adalah seorang jururawat di sana, dan sepupu saya yang berumur 17 tahun. Jadi, mereka pun menelefon saya dan ayah saya, dan kami pun membawa mereka ke Hospital. Kejadian ini membuatkan saya berfikir, kerana nasib baik ada orang bersama Makngah saya pada waktu itu, andaikata hanya sepupu saya je yang ada, keadaan mungkin akan jadi lebih rumit. Jadi, saya pun mula mempersoalkan tindakan saya untuk pergi ke UiTM tu betul atau tidak.

Selepas itu pulak, emak saya sendiri diserang demam denggi. Dengan keadaan ayah saya yang tak berapa nak sihat, saya makin rasa bersalah untuk meneruskan pembelajaran ke tempat yang jauh. Saya pun mula mencari IPT yang terdekat supaya memudahkan saya untuk menolong mereka sekiranya ada apa2 hal yang berlaku. Jadi, sekarang ni, saya rasa amat-amat bersyukur kerana dah dapat tempat yang dekat dengan family saya. Jadi, sampai sini sahaja repekkan saya untuk hari ini, semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih kepada yang membaca.

2 comments:

  1. goodluck in futre undertaking.. sentiasa sokong..
    moga berjaya in life.. amin..
    salam sayang wat mama k

    ReplyDelete
  2. Thnx dear, sangat2 memerlukan sokongan u.

    ReplyDelete