Pages

Friday, November 11, 2011

Macam2..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Hurm, sekarang ni dah pukul 4.35 am dan saya baru sahaja pulang ke rumah dan makan dinner saya. Cam sedeyh je bunyi dia kan, tapi ini lah hidup. Sejak semalam, ada banyak hal yang saya kena settle dan tolong orang settle. Minggu ni kawan baik saya daripada sekolah menengah bakal melangsungkan perkahwinan nya. Jadi, secara automatik, saya akan menolong apa yang mampu. 1st time kawen, mestilah nervous. So, kami (saya dan rakan-rakan yang lain) menjadi tempat dia untuk meluahkan perasaan dan rasa nervous. Dia yang 1st antara kami yang akan berkahwin, so, kami pun memang berasa happy lah untuk dia. Boleh dikatakan pada minggu ni, setiap hari kami akan menemani dia sehingga larut malam kecuali pada hari ini. Kerana dia kena tidur awal sebab esok dah nak menikah. Memang banyak urusan dilakukan last minute. Saya tau ar, sebab saya pun tolong gak dia settlekan hal2 dia.

Pastu, laptop plak buat hal. Ni time saya buat post baru ni, saya still tengah download driver. Bukan saya tak tau camne nak reformat, tapi ada masalah hard disk. Memang perlu masa yang lama ar sejak pkol 8pm tadi. Pastu tadi, dengan nak kumpul hadiah-hadiah yang kawan2 beli untuk kawan saya yang nak kawin tu lagi, nak balut lagi, amek kek, anta kek, amek banner, anta banner. Pergh, memang dugaan. Minggu ni, buah hati aka gf saya pergi Sarawak nak uruskan hal perkahwinan abang beliau. So, kepada girl friend ku yang tercinta, maafkan kanda kerana tak dapat nak contact2 macam sebelum2 ni. Tapi lepasa selesai je diorang kawen, kita dating k? Hehe, Love u so much!

No comments:

Post a Comment