Pages

Friday, June 22, 2012

Hari Malang

Ok, hari ni nak cite sikit ar. Pasal satu kejadian yang tek berapa nak best. Cite terjadi hari Khamis lepas, iaitu bersamaan dengan 21/June/2012. Starting nye camni. Mula2, aku dah dapat surat tawaran pinjaman MARA. Bile tengok kat website MARA dan tengok aku dah boleh download surat tawaran, memang tersangat happy lah aku. So, untuk settle kan surat tawaran tu, macam2 kena buat. Kena dapatkan cop pengesahan, cop majikan, payslip mak ayah datok nenek sume bagai lah. Pendek kata, walaupun dah dapat surat tawaran, macam2 lagi nak kena buat. Yang paling penting, kena dapatkan cop duty setem. Kenapa aku cakap paling penting? Sebab kena bayar RM40, sebab nak kena cop 4 kali. Kopak lagi wallet aku, haha. So, pada hari khamis tu pun aku siapkan semua. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 11.30 pagi baru settle kerja2 tadi. Tu belum pergi hanta lagi kat bahagian Hal Ehwal Murid kat UNIKL tu. So, aku amek keputusan nak tido dulu sebelum pergi submit surat tu. Dalam pada aku tido tu, siap termimpi aku accident lagi. Haha. Mainan tidur kan. So, lepas aku bangun, aku pun terus ar bergegas pergi KTM. Naik public transport je, senang, elak jam. Haha. Aku sampai je kat pejabat HEM, terus aku bagi surat tu kat akak tu, suro dia check ada silap ke tak. Dia cakap sume ok. Memang lega gile rasa di hati. Kejap lagi, dia check2, nama aku takde dalam senarai semak yang MARA bagi kat UNIKL. Lepas dia buat beberapa call, dia bagitahu aku yang MARA dah gagalkan permohonan aku n aku hanya boleh memohon pada sem hadapan. Maknenye, sem yang pertama punya yuran, aku kena bayar sendiri. Dan jumlahnya kurang lebih RM7000~ Mane nak cari duit dalam masa tak sampai 2 bulan ni. Huhu. Jadi, sekarang ni, memang aku tengah nekad nak mencari duit, tak nak susahkan mak bapak kan. So, sampai kat sini je dulu. Nantikan update yang lain pulak. Pasal camne aku cari duit k. Byebye~

No comments:

Post a Comment