Pages

Tuesday, December 6, 2011

There's No Easy Money



Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Ok, hari tetibe pulak buat post pasal tajuk di atas kan. Saya adalah seorang pengguna Facebook yang agak aktif. Jadi macam biasa lah, di facebook, memang ada banyak jenis orang dan pelbagai post yang menarik. Dan apa yang saya nak bagitau kat sini, antara post yang paling banyak sekali dan kerap kali post dia je yang kuar kat ruangan Home saya tu, tak lain dan tak bukan adalah post tentang promosi. Kebiasaan promosi2 ni di post kan oleh mereka yang berniaga secara online, yang ingin meningkatkan hasil jualan dan ingin melebarkan coverage mereka. Saya sangat2 respek dengan mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk market kan produk2 mereka kerana, yang pertama mereka mempunyai minda seorang usahawan, kedua kerana mereka cerdik sebab dengan menggunakan Facebook, mereka dapat menjangkau lebih jauh lagi client dengan kos yang percuma. Di Facebook juga mereka dapat mempromosi gila2 dan andaikata success rate mereka ialah cuma 1%, atleast kalau mereka promote di page orang yang ada 4000 friends, mereka dapat menjual 40 produk mereka tu. Still, untung sebab kos untuk marketing adalah free.

Tapi berbalik kepada topic di atas, apa yang saya nak sampaikan, selain daripada promosi2 tentang produk2 yang best, ada gak promosi2 yang buat saya sakit mata. Iaitu promosi yang ke arah easy money. Sebagai contoh, promosi yang berbunyi, "joinlah kami, confirm kaya", "inginkan kebebasan kewangan?" dan sebagainya. Tapi still masih ramai yang mengikut scheme2 yang macam ni. Dan yang paling menyedihkan sekali, selepas join, kebanyakan nye tak dapat nak generate untung, sehingga modal pun tak dapat balik. So, kepada anda yang baca post saya ini, apabila hendak buat sesuatu, berfikirlah, bahawa takde cara yang senang nak dapat duit banyak. Semua pun memerlukan usaha dan pengorbanan. Even orang yang kaya sebab jual dadah pun terpaksa berhati2 dan mempunyai risiko yang tinggi. Tapi kalau nak salah kan orang2 yang terkena dengan skim ni pun tak leh gak, sebab mungkin diorang memerlukan satu harapan untuk mereka jadi atleast senang sikit. Tapi usaha yang diletakkan tu tak setimpal dengan reward yang mereka hendak dan impikan. Jadi, sampai sini dululah penceritaan saya. Sekian..

No comments:

Post a Comment