Pages

Friday, December 23, 2011

Happy 21st Birthday My Love!!!



Sempena 24/12/2011 ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy birthday kepada buah hati aka kekasih aka lover aka sweetheart aka cinta hati ku. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki. Mudah-mudahan segala cita-cita dapat dikecapi dan saya berharap akan terus berada disamping beliau sampai bila-bila dan terus berada dalam planning cita-cita beliau. Saya nak mohon maaf, sebab tak mampu nak berikan apa-apa sebagai hadiah. But I will in the future.. I love U, SS.. :D

Tuesday, December 6, 2011

There's No Easy Money



Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Ok, hari tetibe pulak buat post pasal tajuk di atas kan. Saya adalah seorang pengguna Facebook yang agak aktif. Jadi macam biasa lah, di facebook, memang ada banyak jenis orang dan pelbagai post yang menarik. Dan apa yang saya nak bagitau kat sini, antara post yang paling banyak sekali dan kerap kali post dia je yang kuar kat ruangan Home saya tu, tak lain dan tak bukan adalah post tentang promosi. Kebiasaan promosi2 ni di post kan oleh mereka yang berniaga secara online, yang ingin meningkatkan hasil jualan dan ingin melebarkan coverage mereka. Saya sangat2 respek dengan mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk market kan produk2 mereka kerana, yang pertama mereka mempunyai minda seorang usahawan, kedua kerana mereka cerdik sebab dengan menggunakan Facebook, mereka dapat menjangkau lebih jauh lagi client dengan kos yang percuma. Di Facebook juga mereka dapat mempromosi gila2 dan andaikata success rate mereka ialah cuma 1%, atleast kalau mereka promote di page orang yang ada 4000 friends, mereka dapat menjual 40 produk mereka tu. Still, untung sebab kos untuk marketing adalah free.

Tapi berbalik kepada topic di atas, apa yang saya nak sampaikan, selain daripada promosi2 tentang produk2 yang best, ada gak promosi2 yang buat saya sakit mata. Iaitu promosi yang ke arah easy money. Sebagai contoh, promosi yang berbunyi, "joinlah kami, confirm kaya", "inginkan kebebasan kewangan?" dan sebagainya. Tapi still masih ramai yang mengikut scheme2 yang macam ni. Dan yang paling menyedihkan sekali, selepas join, kebanyakan nye tak dapat nak generate untung, sehingga modal pun tak dapat balik. So, kepada anda yang baca post saya ini, apabila hendak buat sesuatu, berfikirlah, bahawa takde cara yang senang nak dapat duit banyak. Semua pun memerlukan usaha dan pengorbanan. Even orang yang kaya sebab jual dadah pun terpaksa berhati2 dan mempunyai risiko yang tinggi. Tapi kalau nak salah kan orang2 yang terkena dengan skim ni pun tak leh gak, sebab mungkin diorang memerlukan satu harapan untuk mereka jadi atleast senang sikit. Tapi usaha yang diletakkan tu tak setimpal dengan reward yang mereka hendak dan impikan. Jadi, sampai sini dululah penceritaan saya. Sekian..

Sunday, December 4, 2011

Kerja



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tika dan saat ini saya sedang bekerja (sempat lagi update blog kan, hehe) di Bukit Damansara bersama sahabat saya. Kami sedang cuba untuk menyiakan tender berkenaan dengan supply barang di sebuah jabatan kerajaan. Harap2 dapat siapkan hari ni, sebab saya baru sahaja menyelesaikan 1/10 daripada kerja yang saya target dapat disettlekan pada pukul 6 petang nanti. Sekarang ni, nak pergi lunch sekejap. So, see u all later k, bye bye. Mata pun cam dah ngantok2.. :D

Thursday, December 1, 2011

Programming..


Hi, hello dan assalamualaikum. Actually saya dah start rasa nervous sebab bulan Januari ni dah nak kena start sambung study dalam bidang Software Engineering. So, bidang ni memang takkan miss daripada belajar programming. Jadi start dari semalam saya berhempas pulas membaca buku programming yang for Dummies punye. Rupe2nye, saya dah belajar programming ni time saya amek Electrical Engineering dulu. Buku tu cakap, sume basic same je, language je yang lain. Kan programming language ada banyak, C, C++ n macam2 lagi. So, kiranye saya ni cam nak ulang kaji balik je lah. Tapi kali ni akan jadi lebih susah sebab memang course kali ni memfokus ke arah programming. Jadi, wish me luck k. Huhu.