Hello dan selamat sejahtera. Um, saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu sebelum apa2. Nama saya Indera, ye saya lelaki dan masih bujang, hehe. Ok, ape ek nak cakap untuk 1st post di blog saya sendiri ni eyh.. Oh ye, cakap pasal blog, memang ramai orang pun ada blog, so saya pun amek keputusan, since dah macam trend n menyeronokkan, untuk menulis gak lah blog. Saya memang harapkan kalo anda semua (yang membaca) bagi feedback kat saya. Ye lah, saya pun bukannya ada banyak idea nak tulis apa. Tapi setiap blog yang saya lawati, semuanya menarik dan mempunyai info2 yang berguna bagi saya.
Bukan sahaja info dan pengetahuan, tapi design masing2 pun mantop2 gak. Tu yang saya suka tu. Dalam pikiran tu memang nak join lah buat blog ni. So, jadi saya dah beritahu sedikit sebanyak tentang diri saya yang berkaitan ngan blog dan saya harap saya dapat belajar dari anda semua yang mengunjungi blog saya. Buat masa sekarang, maybe blog saya macam takde arah lagi, insyaallah, saya akan cuba mencari arah supaya dapat memfokus ke suatu arah(berapa banyak arah daaa). Jadi, sehingga kita berjumpa lagi, assalamualaikum..