Pages

Saturday, January 21, 2012

I'm only Human

Hello guys and girls, children of all ages! Maybe this is quite awkward for me, to be writing this post in English. I'm not trying to show you all that i can write, but just want to practice my skill that I haven't used for quite a while now. Maybe some of you agree, and maybe some of you think that I want to show off. It's ok. It is understandable if some of you think like that. First of all, my writing is not very good as it consists most of commonly used words. And 2nd of all, we are human. So, given any circumstances or situation, our point of view or opinion might be slightly different from one another, or sometimes it might be very opposite. But human have been given one of the most wonderful gift, that is our mind. Where we can reason with some of the thing that we might not yet understand. Where we can learn how to accept others' point of view in a new way. Usually, different opinions led to misunderstandings and some arguments. That's totally normal. That's why we have to discuss and learn about each other point of view, because we all have different experience that led to the way of our opinion. And sometimes, we tend to make mistake that we bound to regret of doing. Just like me. I've done something that hurtful to the one that I love. I hope, she can forgive me and I promise that I won't do it again.. Thanks

Friday, January 13, 2012

Here We Go Again..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ni saya ada update pasal saya sambung belajarkan. So, baru2 ni saya baru je selesai sesi pendaftaran dan orientasi. So, biar saya cite serba sedikit tentang apa yang tterjadi. Ok, jadi setelah lama menunggu, hari pendaftaran pun tiba dan Alhamdulillah tiada apa2 yang tak elok berlaku semasa hari pertama pendaftaran. Agak sedih gak sebab saya tak dapat asrama, tapi nasib baik kampus kat K.L je, so tak de lah susah mane pun nak sampai ke sana dari rumah saya. Ambil masa dalam sejam gak ar untuk sampai kampus, kalau gerak dalam pukol 6.30 pagi naik KTM ke K.L Sentral pastu amek LRT ke Dang Wangi. Di sebabkan tak dapat hostel, terpaksa lah saya berulang  alik naik public transport, walaupun semasa sesi orientasi.

Sesi orientasi ni mengambil masa selama 3 hari jugak lah, yang bermula dari pukul 8.30pagi sehingga 11.00malam. Memang asyik ada benda je nak buat time tu sampai langsung tak leh nak berkomunikasi ngan dunia luar. Ceramah memanjang, dan time tu je lah yang dapat digunakan untuk tido. Haha. Pada hari kedua tu, kitorang diberi tugas untuk buat Silent Comedy cam dalam Maharaja Lawak Mega tu. Kena persembahkan pada hari ketiga. Memang agak bersemangat lah saya pada mulanya, itupun sebab saya telah dipilih menjadi ketua kumpulan, so macam dah jadi tanggungjawab saya ar untuk pastikan segala2nya berjalan lancar walaupun peluang untuk menang kami adalah sangat tipis kerana ada 12 team, dan semuanya hebat2 belaka.

Memang sukar pada mulanya untuk buatkan budak2 ni supaya tak malu untuk berlakon. Setelah cakap punya cakap, akhirnya mereka setuju. Pada hari ketiga, kami buat dalam 2 kali rehearsal mengikut story line yang kami cipta. Alhamdulillah, pada malam tersebut kami adalah team yang buat persembahan yang terahir, dan kami telah menang tempat kedua, kira kalah lah tu kan, huhu. Jadi, setelah mengharungi hari2 yang macam ni, saya rasa saya dah ready untuk belajar balik. So, kepada sesiapa yang membaca, tolong doakan kejayaan saya ye :)

Friday, January 6, 2012

Tensi Yang Terlebih2



Ok, hari ni saya sangat tensyen sekali!!!  Urm, cam tak sesuai.. Hari ni AKU tensyen gile!!! Dah lah hari ahad ni nak daftar masuk study balik. Elok pulak time tengah check2 document yang perlu disediakan, boleh pulak termiss satu borang yang memerlukan cop daripada Pesuruhjaya Sumpah. So, hari ni, hari Sabtu. Memang ada opis Persuruhjaya Sumpah yang bukak, n aku n mak aku pun cari ar. Cari punye cari, memang banyak yang tutup. Tapi adalah satu opis dia yang aku ketuk, ada orang keluar. Makhluk tuhan tu pun keluar sambil cakap, 'hari ni tak bukak, cuti umum'. Aku punye merayu kat si tua kutuk tu, tapi dia langsung tak layan n halau aku cam aku ni hanjeng kurap je. Aku tunggu dia depan toilet, pun di halau aku. Melayu sama Melayu tu. Pastu ngan bapak aku yang sound aku sepanjang perjalanan ke Klang n Shah Alam, bernanah telinga aku ni tuhan je yang tahu. Tak lama lepas tu, doktor tempat aku buat medical check up plak call, suro aku jaga pemakanan aku sbb buah pinggang aku cam tak lakukan kerja dia ngn betol. Ada air kencing dalam protein, walaupun darah aku ok, tapi dia still call n suro aku buat macam2. Aduh, macam2 aku nak kena dengar.
Maaf sesiapa yang terasa kalau aku gunakan perkataan 'AKU', sebab aku tensyen gile tak tau...

Friday, December 23, 2011

Happy 21st Birthday My Love!!!



Sempena 24/12/2011 ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy birthday kepada buah hati aka kekasih aka lover aka sweetheart aka cinta hati ku. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki. Mudah-mudahan segala cita-cita dapat dikecapi dan saya berharap akan terus berada disamping beliau sampai bila-bila dan terus berada dalam planning cita-cita beliau. Saya nak mohon maaf, sebab tak mampu nak berikan apa-apa sebagai hadiah. But I will in the future.. I love U, SS.. :D

Tuesday, December 6, 2011

There's No Easy Money



Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Ok, hari tetibe pulak buat post pasal tajuk di atas kan. Saya adalah seorang pengguna Facebook yang agak aktif. Jadi macam biasa lah, di facebook, memang ada banyak jenis orang dan pelbagai post yang menarik. Dan apa yang saya nak bagitau kat sini, antara post yang paling banyak sekali dan kerap kali post dia je yang kuar kat ruangan Home saya tu, tak lain dan tak bukan adalah post tentang promosi. Kebiasaan promosi2 ni di post kan oleh mereka yang berniaga secara online, yang ingin meningkatkan hasil jualan dan ingin melebarkan coverage mereka. Saya sangat2 respek dengan mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk market kan produk2 mereka kerana, yang pertama mereka mempunyai minda seorang usahawan, kedua kerana mereka cerdik sebab dengan menggunakan Facebook, mereka dapat menjangkau lebih jauh lagi client dengan kos yang percuma. Di Facebook juga mereka dapat mempromosi gila2 dan andaikata success rate mereka ialah cuma 1%, atleast kalau mereka promote di page orang yang ada 4000 friends, mereka dapat menjual 40 produk mereka tu. Still, untung sebab kos untuk marketing adalah free.

Tapi berbalik kepada topic di atas, apa yang saya nak sampaikan, selain daripada promosi2 tentang produk2 yang best, ada gak promosi2 yang buat saya sakit mata. Iaitu promosi yang ke arah easy money. Sebagai contoh, promosi yang berbunyi, "joinlah kami, confirm kaya", "inginkan kebebasan kewangan?" dan sebagainya. Tapi still masih ramai yang mengikut scheme2 yang macam ni. Dan yang paling menyedihkan sekali, selepas join, kebanyakan nye tak dapat nak generate untung, sehingga modal pun tak dapat balik. So, kepada anda yang baca post saya ini, apabila hendak buat sesuatu, berfikirlah, bahawa takde cara yang senang nak dapat duit banyak. Semua pun memerlukan usaha dan pengorbanan. Even orang yang kaya sebab jual dadah pun terpaksa berhati2 dan mempunyai risiko yang tinggi. Tapi kalau nak salah kan orang2 yang terkena dengan skim ni pun tak leh gak, sebab mungkin diorang memerlukan satu harapan untuk mereka jadi atleast senang sikit. Tapi usaha yang diletakkan tu tak setimpal dengan reward yang mereka hendak dan impikan. Jadi, sampai sini dululah penceritaan saya. Sekian..

Sunday, December 4, 2011

Kerja



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tika dan saat ini saya sedang bekerja (sempat lagi update blog kan, hehe) di Bukit Damansara bersama sahabat saya. Kami sedang cuba untuk menyiakan tender berkenaan dengan supply barang di sebuah jabatan kerajaan. Harap2 dapat siapkan hari ni, sebab saya baru sahaja menyelesaikan 1/10 daripada kerja yang saya target dapat disettlekan pada pukul 6 petang nanti. Sekarang ni, nak pergi lunch sekejap. So, see u all later k, bye bye. Mata pun cam dah ngantok2.. :D

Thursday, December 1, 2011

Programming..


Hi, hello dan assalamualaikum. Actually saya dah start rasa nervous sebab bulan Januari ni dah nak kena start sambung study dalam bidang Software Engineering. So, bidang ni memang takkan miss daripada belajar programming. Jadi start dari semalam saya berhempas pulas membaca buku programming yang for Dummies punye. Rupe2nye, saya dah belajar programming ni time saya amek Electrical Engineering dulu. Buku tu cakap, sume basic same je, language je yang lain. Kan programming language ada banyak, C, C++ n macam2 lagi. So, kiranye saya ni cam nak ulang kaji balik je lah. Tapi kali ni akan jadi lebih susah sebab memang course kali ni memfokus ke arah programming. Jadi, wish me luck k. Huhu.