Pages

Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Lamanye Tak Update Blog~

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pergh, lama gila aku tak update blog ni. Bukan nak bagi alasan, tapi memang kebelakangan ni memang agak sibuk. Nak buat camne kan, sambung study. Dah la sambung study, buat bisnes sikit2 plak tu. Huhu. Owh, macam dalam cerita yang lepas2, kalo masih ingat lagi, aku cakap nak sambung study computer science kat UiTM kan? Tak jadi sambung kat sane sebenarnye, sambung kat UNIKL. Amek course Software Engineering. Memang hidup jadi lebih teratur dan lebih busy sbnrnye. Tapi sangat2 enjoy gak. Sebab kenal ngan lagi banyak kawan.

Awek? Sekarang memang still dengan cinta hati ku aka SS ^^, love u very much darling. You are my one true love and I will make u my wife, promise. Cewah. Tapi mmg aku betol2 sayang kat dia. Memang standard ar dalam perhubungan akan ada bump2 sikit. Nevertheless, kitorang still bersama. Bulan 10 ni cukup ar setahun aku ngn SS.

Ok, enaff setori pasal love. Sebab love je memang takkan dapat sara anak orang kan. So, sekarang study pun dah right on track, love life pun on track gak, pasal income je yang tak berapa nak on ni. This is one part that I worked really hard to get it back on track. I've done so many things but they  turned out to be not what I expected. Standard ar, kehidupan kan. Yang penting jangan give up. So, nak dijadikan cerita, buat masa sekarang, memang aku tengah on satu projek yang takdelah besar mane, tapi kalo menjadi, memang aku terus masuk meminang SS. Beli umah n beli kereta. Ni ultimate target aku. Jadi, maybe sampai sini dulu lah penceritaan aku buat masa ni. Sehinggal berjumpa lagi, assalamualaikum.

Friday, November 4, 2011

My Other Half

Selamat sejahtera semua. Haha, cam rasa lawak je sebab dah lama sangat tak update sampai terlupe yang saya pun ada blog. Pada hari yang mulia ni, saya ingin mengambile kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam dan selamat bercuti kepada semua. Lately memang banyak perkara-perkara yang berlaku sepanjang pemergian saya selama ini. Tapi one thing is for sure that, saya memang enjoy semua perkara tu tak kisah gembira atau sedih. Kepada semua yang pernah mengikut blog saya yang terdahulu, mesti dah tau apa pengalaman2 yang saya dh lalui, tetapi kepada yang tak pernah, jangan bimbang, bukan nye penting pun, dan orang yang baca kedua-dua blog saya (blog ni dan blog sebelum) pun maybe total tak sampai 10 orang. But I'm writing for the sake of writing. Ntah ape ntah saya merepek.

Despite everything that has happened, saya still rasa dan tahu, dan percaya yang tak ada kisah yang lebih menarik daripada kisah perkenalan saya dengan seorang gadis, yang dipertemukan dengan saya dalam keadaan di mana saya pun tidak pasti. Ok, rasa nervous pun ada nak cerita ni. Perkenalan kami bermula di internet, standard cinta muka buku ar, hehe. Pada mulanya, saya rasa, girl ni sangat-sangat interesting sebab dari komen-komen dia di facebook, ternyata dia ni sangat-sangat menarik. Interesting, menarik, cam sama je kan. Tapi ini terbukti dengan betapa banyaknya komen yang dia dapat setiap kali beliau post sesuatu kat wall dia. Ok, time ni dia dah memang accept friend request dari saya ar. Memang saya tak berapa nak komen sangat kat wall dia, sebab takut tak dilayan, so saya gunakan direct approach, iaitu chat box tu. Tak sangka, memang saya dilayan. Agak best. Setelah beberapa lama chatting, saya dah tak rasa, gadis ini menarik lagi dah. Saya TAHU dan PERCAYA gadis ini SANGAT-SANGAT MENARIK!

Takut korang sume boring, so dipendekkan cerita, 30/10/2011, tarikh keramat bagi saya, dan saya juga harap tarikh ini juga tarikh keramat untuk beliau, kerana kami officially couple. Sangat-sangat happy time tu. Kami di beri rezeki untuk berjumpa pada pertama kalinya, 3/11/2011. Pada hari itu lah, kami mula bertentang mata, dan dari situ jugalah, saya sangat2 rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan gadis yang sedemikian. Dia merupakan gadis yang paling wonderful yang pernah saya jumpa. Sangat-sangat memahami diri saya yang serba tak sempurna, dan sangat-sangat supportive dalam apa yang saya buat. Bukan itu sahaja, yang paling best skali, dia dapat terima diri saya ini di mana saya rasa orang lain pun tak sudi. Memang rasa cam nak melayang pun ada, tu lah feeling nye time in love ni kan?

Semua berjalan dengan lancar, kecuali cuaca aje yang cam mendung2 n ujan2. So, kegiatan kami pada hari tu cam terhad. Tapi memang dengan kehadirannya di sisi saya, membuatkan moment itu sangat2 menyeronokkan. Walaupun jalan cerita ini cam agak pendek, tapi dari situ lah ceritanya bermula dan start memanjang dan terus panjang. Pada hari ke-tujuh, genap seminggu kami menjalinkan hubungan, saya ingin mengambil kesempatan, cam nak buat ucapan sikit. Lebih kepada janji kepada diri sendiri. Kepada yang membaca, jangan rasa geli plak k.

Kepada kamu, my other half, terima kasih kerana sanggup menerima saya dan sangat menyokong dalam setiap perbuatan saya. Walaupun perkenalan kita ni masih singkat, I feel that I've known you my whole life. Kamu sangat2 special dalam hidup saya dan saya tak akan persia-sia kan peluang yang kamu berikan ni. Maybe kita masih belum sangat-sangat transparent terhadap diri masing2, tapi saya percaya satu hari nanti, dan hari itu akan datang tak lama lagi, kita akan transparent. U are the love I thought I'd never have. From the moment I saw you, I just knew that you'd be the one for me n for whole life. Mungkin kita akan melalui detik2 sukar dalam perjalanan kita ni, tetapi walau macam mana sukar pun, no matter how tuff the road will be, one thing is for sure, i'll stand by you, always. I love u, from the bottom of my heart, I'll make our relationship stronger and stronger. I nak minta maaf andaikata for the past 7 days ni, I tak dapat jadi seorang yang u harapkan. Tapi percayalah, I will, dear. This is the 1st mark of our love, a week in love has make me realize that I will strive each and everyday to make the counter goes up until it's our 70th anniversary! Thanks for everything, I love you so much --> #nama tak leh didedahkan buat sementara waktu :)

P/S : Ini bukan lakonan semata2, this is real!

You are the one for me, and I hope I'm the one for you.